Mahir Pertanian Pintar Minggu 15

22 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2026 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar minggu yang ke-15. Kelas Mahir Pertanian Pintar ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Untuk kelas minggu yang ke-15 ini, peserta diperkenalkan dengan topik teknologi lepas tuai dan pembungkusan. Topik ini membincangkan tentang bagaimana sains teknologi lepas tuai dapat melindungi anugerah alam semula jadi, mengurangkan sisa global dan memacu kelestarian ekosistem.

Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali